Monday, May 6, 2013

10 Makanan terbaik Rasulullah SAW :)


Bagi Pengarah Pemasaran ZM Network Centre, Hafizah Abdul Latiff, idea menghasilkan produk berasaskan pemakanan Nabi Muhammad SAW, SihatSunnah tercetus selepas menyedari untuk sihat, cergas dan cantik, kita perlu kembali kepada ajaran Islam dengan memberi penekanan kepada makanan berlandaskan sunah.
Dengan memberi contoh delima, buah ini kini dijadikan produk makanan kesihatan yang sangat terkenal disebabkan khasiatnya, begitu juga habbatus sauda atau lebih dikenali sebagai jintan hitam yang dijadikan campuran dalam makanan kesihatan di Barat. 
Di Malaysia walaupun semakin ramai mengetahui kebaikannya, namun ia tidak menyeluruh kerana hanya segelintir saja mengamalkannya. 

“Dengan menukar gaya hidup kepada pengambilan makanan berasaskan sunah, secara tidak langsung orang ramai beralih kepada diet Rasulullah yang terbukti berkesan untuk semua golongan,” katanya.

SihatSunnah mengandungi 10 makanan terbaik Rasulullah seperti air zam zam, habbatus sauda, kurma, kismis, delima, safron, minyak biji anggur, goji, zaitun dan madu yang terbukti baik untuk kesihatan.

Semua bahan ini diakui penasihat produk yang juga Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Latiffah Abdul Latiff yang menjalankan kajian mengenai khasiat habbatus sauda sejak 10 tahun lalu serta mendapat nasihat daripada Juruterapi Teraputik dan Senaman Kementerian Kesihatan Malaysia, Mohd Redza Abd Rahman dari segi kandungan serta cara pembuatannya. 

“Dengan adanya dua pakar dan penasihat yang arif, sudah semestinya produk ini menjadi lebih baik dan tepat terutama dari segi bahan serta sukatan digunakan,” katanya. 

Selain makanan tambahan yang dibuat dalam bentuk cecair, ZM Network turut melancarkan jus buah-buahan berasaskan habbatus sauda dan air zam zam, kopi dan produk kecantikan menggunakan delima. 

“Semua orang biasa mendengar kebaikan habbatus sauda dan ingin mendapatkannya, namun ada mengakui tidak mengamalkannya disebabkan bau dan rasa yang kurang enak. Dengan menyediakan makanan sunah campuran daripada bahan utama dan disediakan dalam bentuk cecair, ia memudahkan orang ramai mengamalkannya,” katanya. 

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai makanan sunah boleh melayari laman sesawang www.sihatsunnah.com atau www.facebook/SihatSunnah.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/01

No comments: