Monday, May 6, 2013

Hmm, wanita digalak bersenam???!



Udah sapa juak madah kamek tok sik bersukan? aihhhh, nanggg antapppss mulut ktk ya kohhh.. (bunyi mcm ada la org nganok) aihhh kauuu datinn, sik boleh samya..harusss kita husnudzon.. no no no.. shuh3 setan merasuk dirik prejudis tek nak ohh.. haa, ni tips2 bagi uolss yg nk body yg sehat cun melecun mcm cempedak.. HAHAHA! opsss, kmk tok pun apa kurg nya cekeding kedak cicak anyut d sungei rejang.. KAHKAHKAH! kome, mari le kita sama2 menyihatkan diri yg xbpe nk sihat tu sbb nye, instagram haaa, mlayang nyawa kalau x update? x gtu? ahahah.. twitter la, blogging la, kokgo-ing la, aihhh? dari sine oleh kokgo? ahahha.. keek la, hashtag boh kata gik.. nanggg melobo2 nak oo.. ahahha..kmk pun buat benda yg sama *aishh, sik bait eh nunding jarik, tok 4 jarik agik nunding kedirik* ahahah.. jersey itewwwwwwwwwwwww memang menyerlah sekalssss d ctuwwww. miaoo~

Wanita yang cemerlang bukan saja dinilai pada kemampuannya menguruskan keluarga dan karier, tapi merangkumi aspek kesihatan fizikal serta mentalnya.
Lazimnya, wanita lebih mengutamakan perkara lain berbanding dirinya dan kepentingan dirinya selalu dijadikan perkara terakhir. 
Menerusi penganjuran Maraton Wanita Malaysia Nestle Fitnesse 2013, yang berlangsung semalam, wanita digesa menitikberatkan kesihatan dan keperluan mentalnya terlebih dulu bagi memastikan keseimbangan dalam menjalankan rutin harian. 

Pengurus Perniagaan Negara, Nestle Breakfast Cereal Malaysia, Nirmalah Thurai berkata, wanita zaman ini bukan saja perlu tampak menarik secara luarannya, tapi mesti disusuli dengan keadaan kesihatan yang baik.

“Ramai wanita tidak gemar bersenam atau ke gimnasium kerana dilihat sukar, tapi mereka perlu mencari alternatif lain agar diri sentiasa dalam keadaan yang baik.

“Berlari adalah antara alternatif terbaik, di mana ia tidak memerlukan masa yang lama atau menggunakan peralatan senaman yang meru­mitkan. 

“Jika bimbang berlari sendirian, ajak rakan atau ahli keluarga untuk turut sama mengeluarkan peluh. Selain menyihatkan badan, ia turut merapatkan hubungan sesama sendiri,” katanya. 

Justeru, pembabitan wanita dalam maraton amat digalakkan kerana ia dapat mengukur tahap kecergasan seseorang. 

“Daripada maklum balas yang kami lakukan terhadap wanita aktif, ada segelintir yang enggan menyertai maraton kerana malu, segan atau tidak yakin pada diri terutama apabila perlu berlari bersama lelaki. 

“Lalu acara maraton wanita ini antara cara untuk mereka menyertai pertandingan yang memberi peluang untuk melakukan apa yang diingini dan berasa bangga dengannya. 

“Tiada istilah malu atau segan kerana semua yang menyertai acara ini adalah kalangan ­wanita yang saling memahami dan sedia berkongsi pengalaman,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/07

No comments: